........SELAMAT DATANG KE BLOG SANI.......

Thursday, July 8, 2010

bakpo ore tino perlu ore jate.:)

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu
dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.Ya, apa perlu seorang wanita
yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang
lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-
kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek
senyum tanda salam perkenalan?
Cinta tidak datang dipaksa-paksa.
Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia
menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan
menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan
kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang
baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut
selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang
hayat, membimbing kelakuan kita,menjaga kemurnian kalbu bersama-sama,
mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama
yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan
memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya - Dia akan datang apabila
tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang
lebih mengetahui.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki,
kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan
keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki,
kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki
untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang
dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita
wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak
terlalu gah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah
sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah,kita terbit darpada rusuk lelaki,
bukan dekat kepala untuk dijunjungi,bukan dekat bahu untuk membebani,
bukan dekat lengan untuk dijulangi,bukan dekat jari untuk disakiti, bukan
dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan
dekat kaki untuk ditunggangi,tetapi dekat pelusuk hati - Untuk dimulia,
disayangi dan dicintai.

Semoga kita (perempuan) semua diketemukan dengan lelaki idaman jiwa..

1 comment:

  1. bgusnyer cik abg nie mnulis,lau smua nie dtg dri jiwa,brmakna anda mmahami stuasi seorg wnita yg prlukan bimbingan n ptunjuk drpd seorg llaki yg btul2 bleh mmbawanyer ke jaln yg lrus n bkan utk mnghancurkannye...

    ReplyDelete