........SELAMAT DATANG KE BLOG SANI.......

Sunday, July 4, 2010

Ibu Rebus Tangan Anak Sendiri...

Seorang ibu yang agak tension kerana anaknya tak habis-habis menangis terus merendam tangan anaknya dalam air yang mendidih. Amacam, ganas tak kalau dapat mak camni? Bersyukurlah dengan ibu anda yang sedia ada. Kalau dah tak reti jaga anak, kenapa beranak betul tak?

 
Posted by Picasa

Tips Cari Pasangan Hidup...sape yg blum ada pasangan hidup(x termasuk aku)...sila bace ek...hehe...

Tips Mencari Pasangan Hidup


Jikalau anda pernah menonton filem Sleepless in Seattle, mungkin anda akan
percaya bahawa kita perlu berusaha dan kadang kala mesti bersusah-payah
untuk bertemu dengan idaman kalbu. Lihat sahaja bagaimana Meg Ryan yang
comel itu berusaha untuk bertemu dengan Tom Hanks, walaupun kedua-duanya
terpisah dengan jarak yang begitu jauh. Tetapi kerana tarikan yang Meg
rasakan tiada gantinya, dikuatkan juga semangat untuk menjejaki Tom Hanks,
yang beliau rasakan adalah cinta abadinya. Filem itu juga membuktikan yang
perkenalan juga memerlukan bantuan daripada orang sekeliling atau pun
"posmen". Tanpa bantuan anak lelaki Tom Hanks, mungkin Meg Ryan tidak akan
berpeluang langsung untuk bertemu dengan Tom Hanks.

Kehidupan seharian kita juga tidak banyak bezanya, berikut adalah beberapa
cara untuk bertemu, mendapat atau berkenalan dengan calon idaman kalbu.



1. Minta ibubapa carikan calon pasangan hidup
Bincang dengan ibubapa dan beritahu mereka tentang ciri-ciri wanita atau
suami yang anda ingini. Tetapi pastikan mereka tidak menabur janji sebelum
mendapat persetujuan anda.

2. Minta bantuan rakan-rakan
Beritahu rakan-rakan bahawa anda sedang mencari calon yang sesuai supaya
mereka boleh memperkenalkan kenalan yang mereka rasa sesuai dengan
personaliti anda.

3. Chat di IRC
Ini merupakan kaedah percintaan zaman siber mirip cerita filem romantik
You've Got Mail. Ada yang bertuah dan dapat bertemu dengan seseorang yang
sesuai dengan diri mereka. Jangan terkejut bahawa ramai yang telah ke
jinjang pelamin selepas berkenalan di internet.

4. Mencari peluang di tempat kerja
Apa kata jika anda berkenalan dengan rakan sekerja tapi jangan sampai
dikenali sebagai Romeo pula. Kadang-kala rakan semasa makan tengahari pun
boleh bertukar menjadi teman sehidup semati.

5. Sertai Pelbagai Aktiviti
Rajin-rajinlah berjogging di tasik ataupun sertai organisasi yang
menganjurkan aktiviti kesukaan anda. Jika anda gemar berkayak, masuklah
persatuan berkayak tempatan. Kemungkinan besar anda boleh berkenalan dengan
pasangan yang berkongsi minat yang sama.

6. Kenalan Keluarga
Ramai juga yang berkahwin dengan orang yang dahulunya sering berkunjung ke
rumah semasa anda masih hingusan lagi. Abang atau kakak tentu dapat
memperkenalkan anda kepada rakan-rakan mereka. Lihat sahaja Amy Mastura yang
telahpun selamat berkahwin dengan abang kepada rakan baiknya semasa di
sekolah dahulu.

7. LRT
Anda mungkin tidak percaya... tetapi saya sering memerhatikan orang yang
turun naik LRT. Setiap hari anda mungkin akan bertemu dengan orang yang
sama. Tiada salahnya jika anda menegur sapa sekadar berkenalan. Cubalah.
Mungkin anda bernasib baik.

8. Hubungi Rakan Lama
Mungkin semasa bersekolah anda ada meminati seseorang. Tiada salahnya jika
anda kembali aktif di majlis alumni dan mula menghadiri reunion yang
diadakan. Manalah tahu, jika ada diantara 'seniors' atau 'juniors' yang
meminati anda semasa dahulu akan melakukan perkara yang sama. Sudah tentu
anda dapat berkongsi pengalaman lucu bagaimana bergayanya anda apabila
berambut panjang serta berseluar senteng gaya seorang "rockers" dahulu.
Pasti riuh-rendah!

9. Dengar Lagu Cinta
Mendengar lagu romantik boleh menaikkan semangat bahawa anda akan berpeluang
untuk jatuh cinta . Ingatkah anda kepada lagu nyanyian Savage Garden yang
bertajuk I Knew I Love You Before I Met You. Lagu itu memberi harapan bahawa
memang ada seseorang yang istimewa untuk setiap orang, cuma persoalannya
ialah samada akan bertemu atau tidak.

10. Berdoa Kepada Tuhan(ALLAH S.W.T)
Setelah menunaikan sembahyang, rajin-rajinlah berdoa kepada tuhan supaya
kita dipertemukan jodoh. Insyallah jika itu yang terbaik untuk diri kita,
ianya pasti akan berlaku."

info kesihatan-By Sani Cool

Wanita urat bersimpul ???


"URAT" hijau kebiruan yang menular di kaki, betis ataupun paha pasti menimbulkan kerisauan kerana ia kelihatan hodoh dan kadangkala mengerikan.

Urat bersimpul atau vena varikos selalunya berlaku ketika kehamilan, wanita yang sering mengambil pil perancang keluarga dan mereka yang berdiri terlalu lama.



Lebih membimbangkan jika urat hijau kebiruan itu turut menular ke bahagian lain seperti di zakar atau dikenali sebagai varicocele. Vena varikos juga kadangkala menular sehingga ke faraj, iaitu di bahagian depan tulang ari-ari.

Mengapakah keadaan ini berlaku dan siapa golongan yang berisiko tinggi mengalami urat bersimpul?

Perunding bedah di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Zain al-Rashid Mohd Nor, berkata urat bersimpul lazimnya lebih kerap dialami wanita berbanding lelaki.

Beliau berkata, golongan paling berisiko mengalami masalah urat bersimpul ini boleh dikaitkan dengan mereka yang berdiri terlalu lama.

Katanya, kerjaya yang menuntut seseorang itu berdiri dalam jangka masa lama ialah polis trafik, guru dan jururawat.

“Wanita yang sedang hamil, kerap hamil dan tidak menjarakkan kelahiran berisiko mengalami urat bersimpul. Kegemukan, faktor keturunan, kecederaan disebabkan kemalangan yang membabitkan kaki ataupun betis turut mendedahkan seseorang kepada masalah urat bersimpul,” katanya ketika ditemui di ibu negara, baru-baru ini.

Dr Zain al-Rashid berkata, bagi mereka yang mengalami masalah kegemukan, urat bersimpul berpunca daripada tekanan darah di dalam urat atau vena yang semakin meningkat.

Katanya, peningkatan itu disebabkan saluran injap yang sepatutnya membekalkan darah ke jantung tidak berfungsi sebagaimana normal.

Sehubungan itu, katanya, keadaan ini seterusnya menyebabkan injap mengalami kerosakan manakala darah pula akan bertakung di kaki dan ini mendedahkan pesakit kepada urat bersimpul.

Beliau berkata, bagi wanita hamil pula, rahim yang kian membesar menghimpit urat darah di punggung dan ini menyebabkan tekanan darah turut meningkat yang seterusnya mendedahkan pesakit kepada urat bersimpul.

“Lazimnya, selepas melahirkan, masalah urat bersimpul akan reda walaupun tidak seperti sedia kala kerana mereka terus mengalami masalah itu,” katanya.

Apakah simptom urat bersimpul?

- Kaki terasa berat;

- Selepas lama berdiri, pesakit akan terasa kaki seperti hendak pecah kerana tekanan darah meningkat;

- Buku lali membengkak jika keadaan pesakit semakin teruk;

- Kulit terutama di bahagian urat bersimpul akan mengalami kebengkakan dan bertukar menjadi gelap atau kehitaman.

- Luka atau ulser yang lambat sembuh.

- Ulser yang dialami bertukar menjadi kanser. Bagaimanapun, keadaan ini amat jarang berlaku di kalangan pesakit urat bersimpul. Hanya selepas 10 tahun, ulser itu berkemungkinan bertukar menjadi kanser.

Apakah pemeriksaan bagi masalah urat bersimpul?

Ketika pemeriksaan dilakukan, doktor akan mengenal pasti urat yang bersimpul dan menentukan saluran di dalam otot yang tersumbat.

Doktor juga akan memastikan injap mana yang mengalami kerosakan sebelum melakukan beberapa ujian.

Antara ujian yang dilakukan ialah pemeriksaan darah, ultra bunyi, dopler ultra bunyi (untuk mengesan urat bersimpul atau tersumbat), venogram iaitu sejenis ujian sinaran X dan endoskopi iaitu memasukkan teropong kecil ke dalam vena.

Apakah rawatan bagi urat bersimpul?

Rawatan bagi masalah urat bersimpul bergantung kepada tahap penyakit dihidapi. Jika keadaan pesakit tidak serius, mereka akan diberi ubat dan doktor akan menasihatkan pesakit supaya banyak berehat dan menaikkan kaki kerana ini dapat mengurangkan tekanan ke atas urat.

Kadangkala doktor juga akan menasihatkan pesakit memakai stokin tebal dikenali sebagai graduated pressure stoking yang mampu membantu peredaran darah pada urat kaki.

Bagaimanapun, pesakit kurang selesa memakai stokin khas itu kerana mereka akan terasa panas kerana stokin itu lebih sesuai jika dipakai di negara bercuaca sejuk.

Ada juga pesakit yang diberi ubat-ubatan dikenali sebagai venotonic untuk menguatkan saluran vena. Bagaimanapun, hanya pesakit urat bersimpul peringkat awal akan diberi ubatan seumpama itu.

Bagi kes urat bersimpul yang tidak serius, doktor juga akan memberi suntikan untuk mengecutkan urat dan ia dikenali sebagai sclerotherapy. Melalui suntikan itu, urat yang bersimpul akan disuntik kerana ia boleh menimbulkan keradangan.

Bagaimanapun, jika urat bersimpul itu serius, pesakit dinasihatkan menjalani pembedahan. Lazimnya, simptom utama yang menyebabkan pesakit dinasihatkan menjalani pembedahan jika urat mereka kelihatan lebam kehitam-hitaman.

Namun begitu, hanya 10 peratus pesakit urat bersimpul dinasihatkan supaya dibedah.

Melalui pembedahan, doktor akan menarik urat yang bersimpul dan rosak dan kaedah ini dikenali sebagai stripping of varicose vein."

untungnye aku jd anak Kelantan- lagu dikir barat

Artist: C.Sulizi
Title: Anak Kelantan
Artist:C.Sulizi
Title:Anak Kelantan

FROM:WAN AHMAD LISAANI BIN WAN YUSUF
DIP.KEJ.ELEKTRONIK (KOMPUTER)
sanibosklate@yahoo.com (ym)

BERUTUNG BENA KU JADI ANOK KELATE
TEMPAT MELAYU RAMAI ORE TINO COME-COME
HUTE BELANA BULEH PAKAT NEBE

DALE-DALE SUNGA PUN BANYAK LAGI IKE
DUDUK TOK TAKUT KITO TOK BALOH
PITIH PUN CUKUP BARE-BARE MUROH
NATI KO NGATUK BULE PUN CEROH
MAIN DAUN TERUP PUN TAK DOK SAPO NAK MARAH
MARI-MARI KITO PAKAT WAT KIJO
BERSATU HATI TOK KIRO TUO MUDO
BIAR NEGERI KITO KAYO RAYO
NIKMAT TUHAN BUWI KITO JANGAN LUPO
ADO KIJO BENDE ADO TANE TEBAKA
KELAUT MUKAT IKAN TOK PERAIH ATAH KEDA
NOREH GETOH ORE ADO CIKGU KRANI GAWA
RAKYAT CARI MAKE TAK DOK LAGI HOK LAPAR
TANAH BANYOK LAGI LEK GUO MUSE
KITO TOK TOMOK BAGI SIKET SORE
HASIL LEMOK MANIS TANOH HUTE
BUWI KO ANOK CUCU MASA DEPE
BUKUS NASI BELAUK TE ROKOK SEGEREK
BARU SEDAP DUDUK KENYE SPAGI TERIK
HEREK ANOK BERUK PAKA BAJU CARIK KAIN
KILAH RUSUK BASIKAL TAK DOK BREK
MARI-MARI KITO PAKAT WAT KIJO
BERSATU HATI TOK KIRO TUO MUDO
BIAR NEGERI KITO KAYO RAYO
NIKMAT TUHAN BUWI KITO JANGAN LUPO
POHON KAYU KAYAN TUMBUH HIDUP SEGA
DUKU MOKTE DERIE WOH KHEDAS JERING PETA
TMESU LEBE MEDE KANE JATI CENGAL
AKAR BULOH ROTE AMBIKLA PAKAT JUA
BERUTUNG BENA AKU JADI ANOK KELATE
TURUT PERANGAI RAMA ORE SAYE
SUDOH RERKENAL SAPA KO NEGERI ORE
CARI PITIH PANDA KITO TOK SUKA BERUTE
HOK COME MENA MASA NAIK KAPAL TERBE
LEKOK-LEKO SUNGA ADO BUKIT TANOH LEPE
BUMI TOK CEMA HOK KITO RAKYAT KELATE
BIALAH KEKAL SEMANGAT SITI WAN KEMBE
MARI-MARI KITO PAKAT WAT KIJO
BERSATU HATI TOK KIRO TUO MUDO
BIAR NEGERI KITO KAYO RAYO
NIKMAT TUHAN BUWI KITO JANGAN LUPO
MARI-MARI KITO PAKAT WAT KIJO
BERSATU HATI TOK KIRO TUO MUDO
BIAR NEGERI KITO KAYO RAYO
NIKMAT TUHAN BUWI KITO JANGAN LUPO

20 perkara di benci wanita->oleh Sani Cool

20 PERKARA YANG PALING DIBENCI WANITA:


1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka...macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
7. PERASAN
Aduhaiii...lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu...ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...hahaha sedarlah!

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih...egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya...mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan...apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN
Aduiii...masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak...asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak...membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah...hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak atau pun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Saturday, July 3, 2010

:)....islamic

12 Barisan di Akhirat


Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris"Surah an-Naba':18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka."Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu,  maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah."Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas."Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh."Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..." Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Wallahua'alam.

kena saling memahami dlm ikatan perhubungan ni...:)

10 SITUASI LELAKI YG HARUS WANITA FAHAMI


1. Bila si dia sibuk........
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego.......
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik........
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran........
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat.......
Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri.........
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong.....
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba.......
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang.....
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul......
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.